WATAK
UTAMA NOVEL CHOT
Berdasarkan Novel Chot karya Azizi Hasji Abdullah,
Alias merupakan watak utama dalam novel ini. Salah satu perwatakan yang
dimiliki oleh Alias ialah dia merupakan seorang yang bijak dalam mata pelajaran
Matematik. Sebagai contoh, Alias memanfaatkan kepandaiannya dalam Matematik
dengan membantu Som yang lemah dalam mata pelajaran tersebut. Selain itu, sifat
yang dimiliki oleh Alias ialah dia seorang yang jujur. Contohnya, Alias dengan
jujur memberitahu cikgu Sunan bahawa dia lambat datang ke sekolah kerana
mencari beruk kesayangannya yang hilang. Seterusnya, Alias merupakan seorang
yang mementingkan pelajaran. Sebagai contoh, Alias tidak pergi ke sekolah
selama beberapa hari. Namun begitu, Alias tetap menyalin kerja rumah yang
diberi oleh Cikgu Sunan.