Friday, 12 January 2018



WATAK UTAMA NOVEL CHOT

Berdasarkan Novel Chot karya Azizi Hasji Abdullah, Alias merupakan watak utama dalam novel ini. Salah satu perwatakan yang dimiliki oleh Alias ialah dia merupakan seorang yang bijak dalam mata pelajaran Matematik. Sebagai contoh, Alias memanfaatkan kepandaiannya dalam Matematik dengan membantu Som yang lemah dalam mata pelajaran tersebut. Selain itu, sifat yang dimiliki oleh Alias ialah dia seorang yang jujur. Contohnya, Alias dengan jujur memberitahu cikgu Sunan bahawa dia lambat datang ke sekolah kerana mencari beruk kesayangannya yang hilang. Seterusnya, Alias merupakan seorang yang mementingkan pelajaran. Sebagai contoh, Alias tidak pergi ke sekolah selama beberapa hari. Namun begitu, Alias tetap menyalin kerja rumah yang diberi oleh Cikgu Sunan.

No comments:

Post a Comment